...haNya iNsaN biaSa... meNcaRi erTi seTiaP kATa...
Blogger Widgets

Wednesday, January 30, 2013

ILMU... Cahaya yang menerangi kegelapan...


       Kepentingan ilmu tidak mampu kita sangkalkan lagi. Banyak hadis yang telah menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada manusia. Al-Quran juga merakamkan ketinggian darjat yang akan diperolehi oleh mereka yang berilmu pengetahuan.

        Firman Allah yang bermaksud : " Allah mengangkat (Kedudukan) orang yang beriman dan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan sebanyak beberapa darjat." ( Surah Al-Mujadalah 58: 11 ).  Dari ayat tersebut, kita seharusnya sedar betapa tingginya dan pentingnya ilmu itu kepada kita.

      Adakah kita sedar betapa pentingnya ilmu itu. Ilmu adalah salah satu sifat wajib bagi seseorang rasul pilihan Allah iaitu Al-Fatanah yang bermaksud kebijaksanaan. Sedangkan seorang rasul yang mulia pun mencari ilmu, inikan kita hamba-Nya yang kerdil lagi hina. sesungguhnya kita adalah hamba-hambaNya yang berada dalam kerugian jika tidak mencari dan menuntut ilmu.
     
   

   

No comments :

Post a Comment