...haNya iNsaN biaSa... meNcaRi erTi seTiaP kATa...
Blogger Widgets

Sunday, April 13, 2014

Kisah aku, kita dan MIRoC14...

No comments :
Setahun yang lalu... aku pernah berjanji pada diriku sendiri... aku akan menyertai Malaysia International Robotic Competition (MIRoC)... Pada MIRoC 13 aku hanya menyertai sebagai sukarelawan ataupun "Managment Team" sahaja... Tapi untuk edisi kali ni, MIRoC 14... aku dah jadi sebahagian dari ahli pasukan utama... MIRoC 14 UniMAP Team A (Microelectronik Team)... Bermula dengan impian... ianya menjadi kenyataan... Tema pada awalnya adalah Paintball Robot diubah disaat-saat akhir... Sedikit kekecewaan dirasai... tetapi perjuangan perlu diteruskan...


Our Team.. Our Story...


 Hari pertama kejohanan hanyalah "Test Run" dan ujian kelayakan penyertaan pasukan... Alhamdulillah 4 robot kami melepasi syarat dan layak untuk bertanding... "Hero", "Feeder", "Shadow" dan "Drunking Master" layak untuk bertanding...

 Inilah Kami...

Diundi berada di dalam kumpulan A bersama UTP, UPM dan UMP... Boleh dikatakan kumpulan maut... tetapi sasaran kami tetap untuk menjadi juara kumpulan supaya kami dapat berjumpa naib juara kumpulan D di peringkat suku akhir... Kerana laluan untuk ke pusingan seterusnya tidaklah sesukar bertemu kumpulan B ataupun C... Alhamdulillah, kami berjaya menjadi Johan Kumpulan dengan memenangi kesemua perlawanan dengan "Victory" iaitu mengumpul mata maksimum... 

Namun segalanya kian berubah, keadaan menjadi semakin teruk buat kami. Undian awal diubah oleh pihak penganjur. Pihak lawan di suku akhir berubah. Group A Vs B dan Group C Vs D. Tak terhenti disitu, kekecewaan semakin terasa apabila waktu perlawaan juga diubah tanpa notis awal. Perlawanan yang sepatutnya dimulakan pada 9pagi diawalkan selama 20 minit ke 8.40pagi. Persediaan kami tertanggu dan dengan keadaan  "Kelam Kabut" kami sampai ke tempat pertandingan pada pangilan ketiga. Kami hampir tersingkir. Dengan masa yang suntuk, tak banyak persediaan yang mampu kami lakukan. Bertemu UTM bukannya sesuatu yang mudah ditambah pula dengan "MASALAH" yang disebabkan oleh pihak penganjur... Perancangan dan startegi yang dirancang digagalkan dengan persediaan yang tidak sempurna. Kekalahan tipis menyebabkan perjalanan kami terhenti disini... Kami tidak kecewa kerana kekalahan ini... tetapi sangatlah KECEWA dengan "PENGURUSAN PENGANJUR YANG SANGAT TERUK".

Namun, inilah adat resam sesebuah pertandingan. Bukan rezeki kami untuk edisi kali ni. disebalik kekecewaan itu, sedikit kegembiraan dirasaai apabila kami mendapat tempat ketiga dalam ketegori "Presentation" robot... 

Kepada Dekan PPK Mikroelektronik, Dr Rizal Afendi... Kami mohon maaf kerana hanya mampu sampai disini sahaja... Kepada En Fariz dan En Roshidi, jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan dan dorongan yang diberikan... Kepada ahli pasukan ni Zaid, Reydza, Mat Stim, Bob, Kubaid, Venod terima kasih juga, Kita tak kalah, KItalah Juara dalam diri kita... Pada kawan2 yang turut membantu... Yie, Din, Hafiz, Nizar, Sam, Safuan dan Baem terima kasih juga atas sokongan dan bantuan yang diberikan...


Bersama Dr Rizal yang banyak memberi semangat dan sokongan.

Aku, Kubaid, zaid n Reydza


sAmBunG LeR baCa YeR ...

Friday, April 11, 2014

Bermulanya Penantian... MIRoC 14 & i-ENVEX 2014...

No comments :

Penantian atas pengorbanan ini bakal bermula... Hasil dari pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit bakal menunjukkan hasilnya... segala-galanya akan ditentukan dalam masa 2 hari ni...



Dua pertandingan yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mental ini bakal bermula... Malaysia International Robotic Competition (MIRoC) dan International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i-ENVEX) berlangsung serentak untuk edisi kali ni... Bertempat di kawasan Dewan Peperiksaan Kampus Tetap UniMAP...

sAmBunG LeR baCa YeR ...

Friday, March 21, 2014

Majlis Anugerah gemilang Siswa UniMAP 2013

No comments :
Alhamdulillah... bersyukur diatas rezeki yang dikurniakanNya kepada ku... sesuatu yang tidak pernah aku mimpikan... Anugerah ini sedikit sebanyak telah membuat aku semakin bersemangat untuk meneruskan pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi...


20 Mac 2014... antara detik yang tak dapat aku lupakan sepanjang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik di UniMAP ni... besar bagi aku dan keluarga penghargaan ini... supaya dengan penganugerahan ini, aku mampu untuk mendapatkan biasiswa dari pihak UniMAP untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi... Insyallah dengan izinNya...


aku bersyukur dan agak gembira kerana aku antara insan dan pelajar yang terpilih untuk mendapat anugerah ini... Alhamdulillah... Anugerah Khas 'Anugerah Budi Gemilang (Kesukarelawan)"... itulah anugerah yang disampaikan oleh Dato NC kepadaku malam tu...  

Buah tangan malam anugerah tu... ^_^





sAmBunG LeR baCa YeR ...